MUHAMAD
FAQIH BIN ROMELI (12DEE14F2008)
ABDULLAH
HAMDI BIN MUSTAFA ( 12DEE14F2009 )
PROGRAM
: DEE
SESI:
DISEMBER 2014
TAJUK:
DATUK BAHAMAN
NAMA
PENSYARAH : ENDON BT CHE MAT
JABATAN:
PENGAJIAN AM
Penghargaan
Assalamualaikum
Alhamdullilah,bersyukur ke atas
ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan
kepada saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Folio yang ini
amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada
kerja khusus subjek
Sekalung penghargaan pensyarah saya kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar
kepada saya.
Seterusnya, terima kasih juga
kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya
sepanjang folio ini disiapkan
Jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan tunjukajar
kepada saya.. Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat saya hargai.dan
tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima
kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak
langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.
Pengenalan
Bismillahirahmanirahim,
pertama sekali kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya
tidak terhingga .Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, keluarga, sahabat
handai baginda dan pengikut-pengikutnya hingga ke hari kemudian. Kertas kerja
ini yang bertajuk”Datuk Bahaman” akan menceritakan peranan seorang pahlawan
Pahang iaitu Datuk Bahaman.
Siri-siri
pahlawan sejarah tanah melayu adalah
cerita-cerita yang menarik. Kisah dalam siri pahlawan sejarah tanah melayu ini
adalah berkaitan dengan sejarah tanah melayu. Siri pahlawan sejarah tanah
melayu menggarap pelbagai tema seperti peperangan, penderitaan, suka-duka
kehidupan dan sebagainya. Dato Bahaman
telah diangkat sebagai seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan
gelaran Dato setia perkasa pahlawan kerana beliau telah menunjukan sikap serta
kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara sultan Ahmad dan
adinda baginda wan mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu tengku
Kudin dalam peperangan saudara di klang Selangor.
Dalam folio
ini mengadungi biodata pahlawan sejarah dato Bahaman, latar belakang, sumbangannya,
kesan penjuangan, factor peperangan, dan gambarnya.
Dengan
kerja untuk diselasaikan,akan kami bingcangkan peranan siri pahlawan sejarah
dato Bahaman di Pahang.
LATAR BELAKANG
-Nama sebenar Abdullah Rahman bin
iman Noh
-Dianugerahkan gelaran Orang Kaya
Dato setia perkasa pahlawan semanantan
-Diberikan anugerah kerana
kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan perang klang
di Selangor
-Dilantik sebagai pembesar
temerloh setelah kematian Orang Kaya indera segera
-Dato Bahaman tidak mengiktiraf
pemerintahan british di Pahang
FAKTOR PENENTANGAN
1.HILANG HAK MENGUTIP CUKAI
Dato' Bahaman menentang tindakan
British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di
daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah
kekuasaannya.
2. PEMBINAAN
BALAI POLIS
Konflik antara Dato' Bahaman
dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di
Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan
British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.
3. PERLUCUTAN GELARAN
Keengganan Dato' Bahaman mematuhi
arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British
memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau
British keluar dari Pahang. PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang
pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan
British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis
Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.
PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh
Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk
menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi.
Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.
PADA JANUARI 1892, British
memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan
ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan'
telah menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman
di Bentong.
PADA MAC 1892, Dato' Bahaman
menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana
mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.
PADA 8 MEI 1892, British sekali
lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.
Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang
berjihad menentang British.
PADA 14 JUN 1894, Dato' Bahaman
dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram
Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa
itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.
Peristiwa Penentangan
-16 disember 1891 British
menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana manegutip hasil hutan tanpa
kebenaran
-Tindakan British itu menyebabkan
dato Bahaman dan pengikutnya menyerang balai polis lubuk Terua
-Peristiwa ini mencetuskan perang
-26 disember 1891 Hugh chifford
mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi
tewas dalam pertempuran di kelubi
-Januari 1892 British memaksa
sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang pasukan tentera dinamakan
“gerakan sultan “yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
-British membekalkan 200 pucuk
senapang dan 10000 butir peluru
-Sultan Wan Ahmad dilantik
mengetuai gerakan ini dan Berjaya menawan 11 buah kubu Dato Bahaman di bentong
-Mac 1892 British sekali lagi
menyerang Lubuk Terua
Pejuang Pahang berundur ke
Kelantan dan Terengganu
Di Terengganu ulama’ Tok ku Paloh
menyemarakan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British
-14 jun 1894 Dato Bahaman gan 100
orang pengikutnaya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
-British bertindak balas
menghatar kolonel walker untuk menawan semula jeram Ampai
-Dato Bahaman tok Gajah dan Mat
Kilau berundur ke Kelantan
-Pengunduran ini menandakan
berakhirnya perang menentang British di Pahang
Kesan penentangan
-Dato Bahaman dab pengikutnya
memperlihatkan keberanian menentang british
-Kedudukan British di Pahang
tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang
-kebangkitan ini berlangsung
selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894
-sultan Wan Ahmad dipaksa oleh
british terpaksa menanggung hutan yang banyak
-Sulatan Wan Ahamad dipaksa oleh
British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut
-Percubaan bunuh Dato’ Bahaman
dan pengikutnya
Percubaan membunuh Dato’ Bahaman
dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan
makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik
beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir.
Seramai 15 orang termasuk 8 orang
besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung
muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah
melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun
tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan
mengakui kesalahan mereka.
Catatan dan kisah akhirnya
Pada tahun 1911
Dato Bahaman telah kembalike ke Kelantan manakala Mat lela pergi ke Indonesia,
sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di patani, siam . Pada
tahun 1920 , Dato Bahaman balik ke kuantan dan tinggal di kampung paya Lalang
dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada Tahun 1926. Dato Bahaman berpindah ke
kg.Aur Rompin ,tamjung medang ,kg.pasir panjang kg.tering pecan ,kg.batu lima
jalan gambang,mamat kelubi dan panglima hitam tidak diketahui kisahnya.Dato
Bahaman tinggal hi kg.Peramu sehingga kematiannya .
Kesimpulan
Walaupun
Perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, mereka telah memperlihatkan
keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka
telah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan selama empat
tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menaggung hutang yang banyak.
Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut.
Rujukan
1.
Datuk
Bahaman / amir haji maksum/ 1999
2.
Datuk
Bahaman Pahlawan Pahang / ami masra / 1989
3.
Datuk
Bahaman / Ahmad Rizal Rahim / 1980
4.
Tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com
5.
Akuanakpahang.blogspot.com
Bermanfaat sekali. Jangan lupa Kunjungi blog saya juga, http://lifeintheworldversislami.blogspot.com/
ReplyDeletebrmanfaat
ReplyDeletesangat baik
ReplyDeletepiah somboy
Deleteapa khabar
ReplyDeleteThanks sebab buat blog ni sangat berguna
ReplyDeletesangat berguna
ReplyDeleteSenang je just copy memang mantap btw tq buat blog ni
ReplyDeleteTq sangat memang membantu dalam buat kerja kursus hehehh
ReplyDeletekenpa guna gambar Gerald Templer untuk E.A Wise?
ReplyDeletememang terbaik sangat..just copy je tinggal..thank you so much kepada yang buat blog ni..
ReplyDeleteCasino, poker, slot machines, bingo, and more - drmcd
ReplyDelete› gambling › bingo › gambling › bingo 안성 출장샵 Find Casino, Poker, Slot 서산 출장마사지 Machines, Bingo & More at Dr. Maryland. Explore 삼척 출장샵 Dr.MCD for info on upcoming events, casinos 양산 출장샵 and the best gaming 경산 출장안마 options near you.