Saturday 21 March 2015

DATUK BAHAMAN

MUHAMAD FAQIH BIN ROMELI  (12DEE14F2008)
ABDULLAH HAMDI BIN MUSTAFA ( 12DEE14F2009 )
PROGRAM : DEE
SESI: DISEMBER 2014
TAJUK: DATUK BAHAMAN
NAMA PENSYARAH : ENDON BT CHE MAT
JABATAN: PENGAJIAN AM





Penghargaan

Assalamualaikum
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek
 Sekalung penghargaan pensyarah saya  kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan tunjukajar kepada saya.. Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat saya hargai.dan tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.


Pengenalan

   Bismillahirahmanirahim, pertama sekali kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya tidak terhingga .Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, keluarga, sahabat handai baginda dan pengikut-pengikutnya hingga ke hari kemudian. Kertas kerja ini yang bertajuk”Datuk Bahaman” akan menceritakan peranan seorang pahlawan Pahang iaitu Datuk Bahaman.
   Siri-siri pahlawan  sejarah tanah melayu adalah cerita-cerita yang menarik. Kisah dalam siri pahlawan sejarah tanah melayu ini adalah berkaitan dengan sejarah tanah melayu. Siri pahlawan sejarah tanah melayu menggarap pelbagai tema seperti peperangan, penderitaan, suka-duka kehidupan dan sebagainya.  Dato Bahaman telah diangkat sebagai seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato setia perkasa pahlawan kerana beliau telah menunjukan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara sultan Ahmad dan adinda baginda wan mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu tengku Kudin dalam peperangan saudara di klang Selangor.
   Dalam folio ini mengadungi biodata pahlawan sejarah dato Bahaman, latar belakang, sumbangannya, kesan penjuangan, factor peperangan, dan gambarnya.

   Dengan kerja untuk diselasaikan,akan kami bingcangkan peranan siri pahlawan sejarah dato Bahaman di Pahang.



LATAR BELAKANG

-Nama sebenar Abdullah Rahman bin iman Noh
-Dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato setia perkasa pahlawan semanantan
-Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan perang klang di Selangor
-Dilantik sebagai pembesar temerloh setelah kematian Orang Kaya indera segera
-Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan british di Pahang

FAKTOR PENENTANGAN

1.HILANG HAK MENGUTIP CUKAI

Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

 2. PEMBINAAN BALAI POLIS 

Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.


     3. PERLUCUTAN GELARAN

Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang. PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.
PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.  Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu  Dato' Bahaman di Bentong.

PADA MAC 1892, Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.

PADA 8 MEI 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.

PADA 14 JUN 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.


Peristiwa Penentangan
-16 disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana manegutip hasil hutan tanpa kebenaran
-Tindakan British itu menyebabkan dato Bahaman dan pengikutnya menyerang balai polis lubuk Terua
-Peristiwa ini mencetuskan perang
-26 disember 1891 Hugh chifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di kelubi
-Januari 1892 British memaksa sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang pasukan tentera dinamakan “gerakan sultan “yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
-British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10000 butir peluru
-Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan Berjaya menawan 11 buah kubu Dato Bahaman di bentong
-Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
Di Terengganu ulama’ Tok ku Paloh menyemarakan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British
-14 jun 1894 Dato Bahaman gan 100 orang pengikutnaya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
-British bertindak balas menghatar kolonel walker untuk menawan semula jeram Ampai
-Dato Bahaman tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
-Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang

Kesan penentangan
-Dato Bahaman dab pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang british
-Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang
-kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894
-sultan Wan Ahmad dipaksa oleh british terpaksa menanggung hutan yang banyak
-Sulatan Wan Ahamad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut
-Percubaan bunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya
Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir.
Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.



Catatan dan kisah akhirnya
Pada tahun 1911 Dato Bahaman telah kembalike ke Kelantan manakala Mat lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di patani, siam . Pada tahun 1920 , Dato Bahaman balik ke kuantan dan tinggal di kampung paya Lalang dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada Tahun 1926. Dato Bahaman berpindah ke kg.Aur Rompin ,tamjung medang ,kg.pasir panjang kg.tering pecan ,kg.batu lima jalan gambang,mamat kelubi dan panglima hitam tidak diketahui kisahnya.Dato Bahaman tinggal hi kg.Peramu sehingga kematiannya .



Kesimpulan
Walaupun Perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, mereka telah memperlihatkan keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka telah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan selama empat tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menaggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.


Rujukan
1.      Datuk Bahaman / amir haji maksum/ 1999
2.      Datuk Bahaman Pahlawan Pahang / ami masra / 1989
3.      Datuk Bahaman / Ahmad Rizal Rahim / 1980
4.      Tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com
5.      Akuanakpahang.blogspot.com